lipidskeleton in da' house !!
Lecehnya !! takkan nak pakai baju warna putih setiap kali keluar ? korang tentu pernah menghadapi situasi seperti ni kan?
Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala mati dan kering mengelupas secara berlebihan.
Buat pengetahuan korang, lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28hari.
FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG..
1. Jarang bersyampu atau tak membilas rambut dengan sempurna.
2. Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap.
3. Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul.
4. Pengeluaran minyak yang berlebihan.
5. Perubahan hormon.
6. Tekanan perasaan.
7. Daya imuniti yang rendah.
TANDA-TANDA KELEMUMUR
1. Kulit kepala gatal-gatal dan mengelupas.
2. Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu dan pakaian.
CARA RAWATAN
Gunakan syampu anti kelemumur yang mengandungi :
1. Zink Pyrithione berkongsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur.
2. Tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel.
3. Salicylic membantu menghapuskan kelemumur.
4. Selenium Sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat.
5. Ketoconazole membantu mengurangkan pelbagai jenis kulat.
selamat merawat !!
0 merawat di blog ini:
Post a Comment